Friday 7 December 2012

MERDEKA LAH KITA

ASSALAMUALAIKUM W.T.B im not sure kalau masih ada yang mengingati atau stalker BLOG HUSNA RUZIAD ini. first of all i would like to thanks god kerana telah memberi kehidupan ini. alhamdulillah una boleh menjawab sijil pelajaran malaysia (SPM) yang baru sahaja tamat pada 29/11/2012 pada pukul 5 petang waktu malaysia. setelah melayari hari hari yang sukar selama beberapa minggu, kami murid murid sekolah menengah bandar tun razak (SMKBANTURA) sudah selamat menduduki peperiksaan tersebut dengan hati yang tenang. ALHAMDULILAH SYUKUR KEPADA ALLAH <3 >.< takut pun ada tau nak tunggu result nanti. tapiiiiiii, nanti bila semua dah ada kerja masing masing, mesti kita rindu nak lepak sama sama, gelak sama sama, pakai baju sekolah, kena denda, ohhh my rindu nyaaa sekolah. lepas ni mesti  ada yang mengigau menyanyi lagu sekolah kan. hahaha :D gambar kat bawah ni antara gambar gambar kenangan una kat sekolah lepas hbis exam. yeeaay freedom!! *jerit kuat kuat 





Sunday 26 August 2012


   SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR JE BATIN TAK ADA. <3





penjual kuih raya a.k.a bedah 

lai lai lai beratur cepat siapa nak duit raya :D

rumah ke sepuluh *perut gemuk kbai -.-


along, angah and adah atoto omey kan mereka

mama abah <3




battery low -.-

Atototo budak kecik ni omey kan

Tuesday 5 June 2012

INAI DI JARI


ASSALAMUALAIKUM PEMBACA PEMBACA YANG MASIH SETIA MENEMANI UNA MENGARANG DAN AKHIRNYA MENYAJIKAN SEBUAH ENTRY YANG RASANYA TIDAKLAH SESEDAP GORENG PISANG YANG MASIH PANAS DAN TIDAK JUGA SEENAK KARI KEPALA IKAN YANG DIMASAK OLEH IBU ANDA SEKALIAN. UNA NAK MINTAK MAAF SEBAB TAK DAPAT NAK UPDATE BLOG DENGAN KEKERAPAN YANG MAKSIMA OLEH KERANA SPM YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI. OKAY DAH MERAPU PANJANG PANJANG NI ACTUALLY NIAT UNA NAK BERCERITA TENTANG MY FEELING RIGHT NOW. SATU SATUNYA ABANG UNA, WANT TO GET MARRIED. OH MAY GOD! I CAN SMELL THE HAPPY MOMENT BILA DAH ADA ANAK BUAH. OKAY OHSEEM RIGHT? SAMPAI SOMETIMES UNA ADA TERFIKIR WHEN THEY HAVE THIER FIRST KID, UNA NAK ANAK BUAH TU PANGGIL AUNTY NUNA. HAHA COMEL JE. CAN YOU IMAGINE THAT? AUNTY NUNA, AUNTY NUNA I WANT TO WEAR THAT SHOE TODAY, PLEASEEEE *SHE BEGGING ME. ATOTOT SWEET NYA LAH KAN. HAHA PADAHAL ORANG TU BARU NAK KAHWIN. BELUM KAHWIN PUN LAGI, UNA DAH MACAM NI. SEEMS LIKE IM THE ONLY ONE YANG ADA ANAK BUAH -.- OKAY SORRY FOR OVER GEDIKS HERE. OKAY FIRST OF ALL, ABANG KITA NAK KAHWIN HARI AHAD NI, 10/6/2012 HARI BERSEJARAH. BUT BEFORE TU KENDURI BELAH PEREMPUAN NYA. BAJU KITA TAK SIAP LAGI TAPI NO WORRIES SEBAB IA PASTI AKAN SIAP SEBELUM WEDDING. THANKS TO MY UMI BECAUSE WILLING TO BE MY FASHION DESIGNER. HEWHEWW. OKAY TAK SABAR NAK MENANTI HARI YANG BAHAGIA. TAPI THE BAD ONE IS IM THE PHOTOGRAPHER. MESTI GAMBAR KITA YANG PALING SIKIT. AMBIK GAMBAR ORANG JE. JYEAHH ITS OKAY. APA APA PUN WISH LUCK FOR ME. MINTAK MINTAK WEDDING NI BERJALAN DENGAN LANCAR. ASSALAMUALAIKUM. MUCH LOVE FROM AUNTY NUNA :)

Sunday 8 April 2012

kau ni kan memang.......



 assalamualaikum to all of my friends yang tengah khusyuk membaca blog una. okay entry kali ni una nak story tentang KAWAN dalam erti kata lain nya, teman yang paling rapat dengan kita selain ibu dan ayah kita. so actually una sakit hati. *mukasedih dengan siapa? dah tajuk pun kawan kan. tak kan dengan adik you oilessss pulak kenn? okay rempit hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm *mengeluh panjang 




and the story begin .... siti *bukan nama sebenar kawan una, baik (entah lah) okay dalam class kitaorang duduk sebelahsebelah. rapat tu sudah pasti sebab she was the first person i meet masa mulamula pindah sini. dari tahun lepas kitaorang start rapat, keluar samasama, cerita itu, cerita ini *boyfriend lah tu! bluek. tapi apa yang una tak suka, makin lama, makin dia show perangai dia yang sebenar benarnya! good! tak payah susah2 una mix bad friend ke hape kan. kita dah tahu. so, to prevent problem ni, una try nasihat dia. bukan nak tunjuk yang una ni is the perfect one ke apa *angkat tangan ke bahu tapi tanggungjawab sebagai kawan right? lagipun siapa tak sayang kan relation kita kan. macam ni, dia ni muka nampak baik tau tapi perangan mcm tuuuuuuuuutttttttttt -.- before ni una macam okay mybe kita boleh ubah dia, nasihat je dia cakap okayokay una aku tak buat dah kay *babyface mau tak melting una ni. so macam bagi peluang lah kat dia. but sampai satu malam ni, una ada tuition BI pukul 8.00p.m sampai 9.30pm. pagi tu una tak pergi sekolah. *malas kbai -.- tapi classmate ada text cakap ada tuition BI so una pun pergi lah. lagi pun *sir handsome -.- tengah tuiton tu sir tanya "husna where your friend? and aku pun jawab entah. i dont know. tapi at the same time ada classmate aku nama wanie cakap la "eh aku nampak parent dia hantar tadi. tak kan hantar adik dia pulak. sebab adik dia tak tuition. semua tercengang. yang sir pulak boleh cakap entahentah dia tuuuut dengan boyfie dia. huh? hell then masa tu lah aku dah fikir macammacam. well aku ni care sikit pasal kawan
                   ni.risau kot dengan dia buatbuat kena kidnap bawak pergi thailand?? -.-


balik rumah tu aku terus je call dia, risau punya pasal tapi dia boleh tak angkat aku punya call. dalam 5 ke 6 kali aku call baru dia angkat. haaa yang kat bawah ni perbualan una dengan dia :-


una :  weyh aku nampak mak kau hantar kau tadi then kenapa kau tak masuk tuition? *tak nampak            
         padahalnye. gimik
siti :  ohh tadi tu? eheheh saje je tak nak masuk
una : saje? apehal saje pulak?? kau pergi mana sebenarnye doh? baik kau cakap dengan aku!
siti :  takda, nanti esok kat sch aku cerita dengan kau.
una : takde la kau cerita sekarang aku nak dengar

tuuuuuuuuuuuuuuuttttt........ dia letak @#$%^&*


then after tu aku pun text dia, aku cakap mcm ni :-
 --------> "kau letak phone? jgn sampai kau menyesal baru kau nak ingat apa yang aku cakap ni. mak kau percaya dengan kau. tapi kau macam ni? dah malas aku nak cakap. kau tak pernah nak dengar pun bye.

dia reply :-
--------> "ala tadi ada orang call aku. *macam la una ni bodoh sangat kalau ada orang call macam tak boleh on hold* rilex lah. aku tension so tadi aku keluar dengan kawan aku

aku reply :-
-------> " tension weyh? kau tak fikir lagi mak bapak kau punya tension kalau dia tahu. buatbuat kau kena rogol ke culik ke. kau nak cakap apa? rilex? aku sayang kau aku cakap macam ni. nak dengar tak nak tu masalah kau. please be mature sikit. tahun ni spm. kalau kau rasa kau dah pandai sangat kau pergi ikut kawan kau tu. tak payah susah payah ayah kau tanggung kau.*emo gila una kan?

dia pulak reply mcm ni :-
------> " okay now masalah aku dah habis. aku dengar cakap kau. okay friend?

dia boleh watlek je? dalam hati berkata "eh sakaratul maut betul budak ni ishh baran je una, entah apaapa lah dia ni. una tak kesian kalau dia kena rogol ke apa. tapi una kesian dengan parents dia. free free je dapat malu anak mcm tu. masyaallah. tak apa orang tuatua cakap, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kan? mintakmintak allah tunjuk kan apa yang benar and bagi dia hidayah. aminnn. tapi apa yang menjadi persoalan sekarang. patut ke una terus kawan dengan dia? orr.... leave the group and fled to another group. should me?? -.-  *muka pelikss tapi nevermind, una memang patut pun jangan kawan dengan dia *im the easily influenced person. so takuttakut somehow una jadi macam dia. ya allah mintakmintak dijauhkan. kita ni nak bersosial pun berpadapada lah una pun bersosial juga, tapi ada batas nya. tapi tolongg lah jangan menipu mak ayah kita. kesian. then kalau something yang buruk berlaku? haa korang fikir lah sendiri. so sampai sini je. penat fikir pasal siti ni. 
                                         assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu. cau cincau :)













Friday 27 January 2012

assalamualaikum semuaa *senyum kanbing pada hari jumaat yang mulai ni una nak berkongsi dan cerita sikit la tentang pengetahuan una pada hari KIAMAT. pernah tak korang terfikir "entah-2 esok kiamat" atau "bila aku nak sembahyang ni? buat-2 kiamat dah nak dekat" haaa una pun ada terfikir juga, bukan nak tunjuk pandai atau perfect sangat ke una ni nak cerita tentang semua ni kan, tapi islam sendiri menggalakkan kita saling ingat mengigati antara satu sama lain kan? so dengan ada nye blog una ni, dapat la una nak melaksanakan tanggungjawab tu. okay kita sendiri tahu yang kiamat ni maksud nya hari musnah nya seluruh alam termasuk lah bumi ini dan juga hari kebangkitan semula. see, sekarang ni dah banyak tanda2 hari kiamat. Antara tanda- tanda kecil berlakunya hari pembalasan ni ialah pertama ZINA BERMAHARAJALELA. kalau kita tengok sekarang ni, dekat taman-taman, expecially shopping compleks kan? raamai gila orang buat maksiat. kita ni pun serba salah tengok. kalau tak tegur kita ni tergolong dalam orang yyang bersubahat, tapi kalau kita tegur mahu makan penumbuk pula kan? haha betul tak? jadi tegur dalam hati jelah. Yang ke-dua, BERMAHARAJALELA NYA ALAT MUZIK. kita semua suka dengar lagu kan?? kalau boleh lagu tu baru je on air kat radio semalam, semalam tu jugak lah pergi search google nak tengok lyric then hafal supaya after tu dengar boleh menyanyi kan? hahaha kita tahu lah sebab kita pun sama :D tapi riwayat ibnu majah
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"

bukan mengata, tapi penyanyi perempuan di malaysia saje dah ramai kan? belum kira yang luar negara lagi. raamai nye tak payah cakap lah kan. masyaallah raaaaaaammmmaiii sungguh!!!!!!!

Dan yang ke-3 ialah MANUSIA MEWARNAI RAMBUT DENGAN WARNA HITAM SUPAYA KELIHATAN MUDA.
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai.

haaa yang warna rambut memang tak payah cerita lah kan. lagi ramai. Ni baru je tanda-tanda kecil. TANDA-TANDA BESAR PULA :- 



  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua

ya-ALLAH kita dah sedia ke untuk semua ni? persiapan di akhirat? bekalan di akhirat sana? una pernah dengar ustaz cakap, dalam seribu umat akhir zaman, sorang pun belum tentu masuk syurga. masyaallah punya lah susah nya kita ni. sedang kan ramai ustaz ustazah atau orang beriman di dunia tapi seorang pun belum tentu masuk syurga. allahualam. so sama-sama lah kita berdoa agar ALLAH memberi kita hidayah. aminyarabbalalamin.

tanda-tanda kiamat ni una tulis tiga sahaja, tapi bagi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tengok sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

Tuesday 24 January 2012

MANUSIA - 人类 - HUMAN - الإنسان - มนุษย์ - HUMAINES


manusia, manusia, manusia. aku manusia. semua orang manusia, kau manusia, dia juga manusia yang selalu alpa dan leka. tanpa ibu bapa(manusia) maka kau(manusia) ada?? manusia kalau miliki kuasa, nescaya manusia sanggup melumpuhkan manusia kerana harta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. kerana cinta? *ketawa... kau sanggup melupakan manusia yang mewujudkan kau sebagai manusia di alam yang manusia menghuni ini. kau sanggup manusia? *berhenti menaip... baiklah manusia, aku juga manusia biasa sama seperti kau, dan dia. kita hanya menumpang di dunia milik-Nya dan bukan milik engkau manusia. *tersenyum
*enter


unadavisdalton